Banyak harapan yang kita inginkan bila kita mula bersama dengannya. Adakalanya, macam macam perkara yang kita inginkan dalam hidup apabila kita bersama si dia. Ada masanya dalam perbualan kita bersamanya, pastinya terselit satu janji yang akan dipegang sepanjang kita bersamanya sehingga janji itu ditunaikan. Dalam tanpa kita sedar, kita telah banyak mengatakan janji padanya pada satu satu perkara yang dia harapkan akan tertunai nanti. Di saat kita senyum dalam kita bersamanya, pastinya kita akan terlupa janji yang kita katakan padanya apabila dia menyuruh kita mengingati janji kita padanya. Mulanya kita tersenyum, tetapi perasaan itu berubah menjadi gelisah kerana kita lupa apa yang kita janjikan padanya. Kita cuba mengingati apa yang kita janjikan dan mengatakan padanya, tetapi apa yang kita katakan adalah sia sia kerana apa yang dikatakan bukan apa yang dimaksudkan oleh si dia. Si dia memberi peluang untuk kita mengingati kembali, tetapi sama sahaja. Bukan yang dia maksudkan. Dia rasa kecewa dengan sikap kita yang lupa pada janji yang kita katakan dan kita pegang padanya. Pastinya, kita juga akan rasa menyesal kerana membuat dirinya berasa kecewa dengan kita. Luluh hatinya apabila apa yang dia harapkan dari kita, tidak kita laksanakan dengan baik. betul katanya, "kalau benda sekecil itu tak boleh ingat, tak mustahil benda besar pun tak boleh ingat." Walaupun kita sedaya upaya melembutkan hatinya dengan ucapan maaf atau sebagainya, tidak mungkin akan lembut begitu sahaja. Susah bagi dirinya untuk terima kenyataan dengan apa yang kita lakukan padanya. Walaupun dia kata dia tidak pernah berharap kita akan ingat semua janji kita padanya, tetapi dihatinya sangat mengharapkannya. Walaupun hanya janji, tidak bermakna perkara itu sangat kecil nilainya. Bagi dirinya, perkataan janji itulah sangat besar nilainya yang akan membawa kepada kebahagiaan dalam hidup dia bersama kita. Jika kita terlupa akan janji kita padanya, cepatlah kita ingati janji yang kita lupa. amin :)
sekian.
by : hati yang sangat menyesal :(