hanya kamu ...

banyak saat yang kita lalui bersama dari mula kita kenal hingga kita menjalin hubungan . banyak saat pahit dan manis kita bersama harungi . banyak dugaan yang hadir tanpa diundang menduga hubungan kita bersama . aku sentiasa berdoa supaya hubungan kita kukuh dan berkekalan sampai ke akhirnya . aku tahu hubungan kita semakin diduga . namun aku tetap kuat untuk buang segala dugaan itu kerana aku tahu hati aku cuma ada kamu . tidak pernah aku memikirkan perkara yang buruk tentang kita . aku tetap bersabar dengan dugaan yang datang kerana aku yakin kita kuat untuk hadapi semua itu . aku percaya pada hubungan kita . aku percaya semua tentang kita . kepercayaan dan kesetiaan aku terhadap kamu tidak pernah aku khianati . itulah yang aku sematkan dalam hati aku . hanya kamu , sayang ...

aku takkan bernyawa jika aku kehilangan kamu kerana kamu nyawa aku . kamu yang hidupkan aku . kamu yang buat hati aku yang dulunya keras , kini amat lembut dan selalu menangis jika aku melukai kamu . hati aku sering menangis jika apa apa terjadi kepada diri kamu . tidak sanggup aku melihat diri kamu kesedihan . ingin aku datang kepada kamu , menemani kamu . aku akan sentiasa ada dengan kamu bila kamu senang atau susah , menangis atau gembira , sedih dan senyum kerana aku sangat merindui kamu dan aku sangat sayang pada kamu . kerana kamu cinta aku awal dan akhir . hanya kamu yang ku sayang . hanya kamu yang aku rindu . hanya kamu yang aku cintai dari awal dan akhir . hanya kamu , sayangku . hanya kamu , cintaku . dan ... hanya kamu ....

janji yang diucapkan

Banyak harapan yang kita inginkan bila kita mula bersama dengannya. Adakalanya, macam macam perkara yang kita inginkan dalam hidup apabila kita bersama si dia. Ada masanya dalam perbualan kita bersamanya, pastinya terselit satu janji yang akan dipegang sepanjang kita bersamanya sehingga janji itu ditunaikan. Dalam tanpa kita sedar, kita telah banyak mengatakan janji padanya pada satu satu perkara yang dia harapkan akan tertunai nanti. Di saat kita senyum dalam kita bersamanya, pastinya kita akan terlupa janji yang kita katakan padanya apabila dia menyuruh kita mengingati janji kita padanya. Mulanya kita tersenyum, tetapi perasaan itu berubah menjadi gelisah kerana kita lupa apa yang kita janjikan padanya. Kita cuba mengingati apa yang kita janjikan dan mengatakan padanya, tetapi apa yang kita katakan adalah sia sia kerana apa yang dikatakan bukan apa yang dimaksudkan oleh si dia. Si dia memberi peluang untuk kita mengingati kembali, tetapi sama sahaja. Bukan yang dia maksudkan. Dia rasa kecewa dengan sikap kita yang lupa pada janji yang kita katakan dan kita pegang padanya. Pastinya, kita juga akan rasa menyesal kerana membuat dirinya berasa kecewa dengan kita. Luluh hatinya apabila apa yang dia harapkan dari kita, tidak kita laksanakan dengan baik. betul katanya, "kalau benda sekecil itu tak boleh ingat, tak mustahil benda besar pun tak boleh ingat." Walaupun kita sedaya upaya melembutkan hatinya dengan ucapan maaf atau sebagainya, tidak mungkin akan lembut begitu sahaja. Susah bagi dirinya untuk terima kenyataan dengan apa yang kita lakukan padanya. Walaupun dia kata dia tidak pernah berharap kita akan ingat semua janji kita padanya, tetapi dihatinya sangat mengharapkannya. Walaupun hanya janji, tidak bermakna perkara itu sangat kecil nilainya. Bagi dirinya, perkataan janji itulah sangat besar nilainya yang akan membawa kepada kebahagiaan dalam hidup dia bersama kita. Jika kita terlupa akan janji kita padanya, cepatlah kita ingati janji yang kita lupa. amin :)

sekian.

by : hati yang sangat menyesal :(

just expression :)

Dia sering ingin memahami seseorang yang amat dia disayangi. Walaupun ada ketikanya dia asyik berbalah dan diminta untuk melepaskan orang yang dia sayangi, dia tetap pertahankan apa yang dia miliki dan apa yang telah tersemat dihatinya. Hatinya sentiasa terbayang wajah orang yang dia sayang. Ingin menepati janji yang telah dia katakan kepada orang yang dia sayangi walaupun kadang - kadang dia lupa janji dia. Walhal, baru semalam dia berjanji. Tetapi, hari ini dia lupa apa yang dia janjikan. Ya Allah... Walaupun lupa, dia tetap cuba untuk ingat apa yang dia janjikan. Cuma, dia perlu mengambil masa untuk mengingati. Pastinya, dia akan tunaikan janji - janji yang telah dia katakan kepada orang yang dia sayang. Insyaallah...  Dan ingin memohon perlu diberi masa untuk menunaikan janjinya jika diizinkan. Adakalanya janjinya itu sangat istimewa walaupun ada yang menganggap itu janji biasa. Tetapi bagi dia, ia sangat istimewa jika janji yang dia katakan kepada orang yang dia sayang itu, tertunai pada masa yang dia fikir dia sudah sedia menunaikan janji yang dikatakan dan sedia memikul apa yang perlu dan seterusnya didalam janjinya itu. Amin... Dia tidak sanggup melihat atau mendengar orang yang dia amat sayangi sedih atau menangis kerana dia juga pasti begitu. Sedih dan menangis, menyesali kesalahan yang dia lakukan pada orang yang dia sangat sayangi. Dia tidak pandai memujuk. tetapi, dia cuba sedaya upaya meluahkan keikhlasan hatinya untuk memujuk apabila orang yang dia sayang merajuk atas kesalahan yang dia lakukan. Dia tidak fikir dia menangis. Tapi, dia sering mengeluarkan air mata disaat dia bersendirian membaiki kesalahannya hingga membuat orang yang disayang menangis. Juga terbayangkan tingginya kesabaran orang yang dia amat sayangi dalam menerima kata - kata yang membuatkan hati orang yang dia sayang itu terguris, tersentap, terasa, sakit hati dan marah. Hanya dengan menangis yang dapat melepaskan segala kesakitan yang ada dalam hati itu. Perkara yang dia harapkan sangat hanya terjadi sekali sahaja, telah berulang untuk beberapa kalinya. Hinggakan di suatu saat, orang yang dia sangat sayangi meminta dirinya dilepaskan kerana tidak sanggup lagi untuk menangis kerana kata - kata yang  membuatkan dirinya terasa. Tetapi, perasaan sayang dia pada orang yang dia sayang yang amat mendalam dan rasa cinta yang melalui saat untuk mekar, dia tidak sanggup untuk melepaskan orang yang dia sayang kerana apa yang ada didalam hati dia hanyalah orang yang dia amat sayangi yang telah memenuhi ruang hati dia selama mula bermesra hingga bersama. Dia tidak sanggup kehilangan orang yang dia sayang yang telah mengajar dia untuk menghargai seseorang yang sangat istimewa dihati dia. bukan kerana kelakuannya, tetapi kerana keikhlasan hati seseorang itu untuk bersama dengan hati dia. "Ya Allah, kuatkan semangat diri dan hati dia untuk mempertahankan segala tentang orang yang dia sayang yang telah memenuhi ruang hati dia... Agak susah bagi dia untuk mengenali orang yang dia sayang pada mulanya. Setelah beberapa ketika mengenali dan seterusnya menjalinkan hubungan, sifat terlalu sensitive dan sangat manja menjadi permulaan bagi dia untuk mengenali lebih dalam diri orang yang dia sangat sayangi. Sifat terlalu sensitive dan sangat manja bukanlah cabaran sebenarnya bagi dia. Pada dia, sifat itu yang telah membuatkan diri dia lebih menghargai  diri orang yang dia sayangi didalam hati dia. Tidak pernah pun didalam hati dia untuk mengatakan dia tidak cemburu. Pada satu ketika, apabila orang yang dia sangat sayangi bercerita mengenai ada orang lain ingin berkenalan dengannya di social network. Pada saat itu, dia sudah mula cemburu tetapi dia menahan rasa cemburu itu didalam hati kerana dia tidak mahu melukakan hati orang yang dia sayang kerana takut tersalah kata bila berbicara dan ingin menjaga hatinya. Walaupun pada selepas itu orang yang dia sayang ada lagi bercerita mengenai orang lain, dia tetap bersabar untuk tidak meluahkan rasa cemburu walaupun dia dikatakan tiada perasaan cemburu. Hanya senyuman mampu diberi. Dia tidak kisah walau dikata begitu. Bagi dia, apa pun orang yang dia sayang berkata  tentang orang lain yang akan membuatkan dia cemburu, dia sedia mendengar. Walaupun rasa cemburu itu ada, tapi rasa sayang padanya tidak pernah kurang walau sedikit pun. Makin melebihi ruang yang ada didalam hati dia. Mungkin dirinya bercerita atas sebab ingin mengadu. Dia tidak pernah sangsi akan kesetiaan orang yang dia sayang tunjukkan. Pada suatu masa, dia yang berniat mahu meminta pandangan daripada orang yang dia sayang dengan menanyakan soalan, tetapi ayat yang diberi oleh dirinya melalui message agak berlainan dari apa yang dia jangkakan. Mungkin kata - kata soalan yang dia tanya tidak cukup lengkap untuk meminta pandangan melalui pertanyaan. Mungkin sebab terlalu mudah untuk dijawab dan berkata, dia pun boleh fikir. Dirinya terlalu sakit hati dan membuatkannya marah, sakit hati dan merajuk. Hanya menginginkan pandangan yang baik. Dia beritahu hal sebenar kepada orang yang dia sayang tentang seorang kawan perempuan mengajak dia keluar untuk beli barang. Dia tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Tahu batas komunikasi. Tapi dia tak sanggup pun dia terima pelawaan kawannya. Tak sanggup nak lukakan hati orang yang dia sayang. Tak sanggup membuat dirinya menangis." Ya Tuhan, jauhkanlah perkara yang boleh membuat kami berbalah dan jauhkanlah diriku dari perkara yang boleh pengaruhi aku untuk melukakan hati dia lagi..." sayang sangat sangat pada dirinya :)

Dia |> Bear Gendut
orang yang dia sayang / orang yang sangat dia sayangi / orang yang dia amat sayangi / dirinya |> Snow White

|> minta maaf. ayat kelam kabut. saje buat macam tuh. :)

Dia Punya Sorang Jep ~ :)

hey ! Bear Gendut Nak Share Story Sikit :) hehe~

....pic bear nie dilukis untuk menggantikan diri saye. Dulu  suke lukis tp xpnah nak cantik. buruk! hahax :P satu ary tuh saje nak mlukis sbb borink. then, terpikir nak follow sifat fizikal saye. Tapi, lukisan yang jadi
terlebih sikit nak same macam diri saye. Dulu saye gemuk. Tapi xlah sampai macam pic bear tuh. Saye bagi name Bear Gendut sebab  bile sebut bear, senang je. kalau beruang, agak panjang. xsesuai. malas nak
sebut. :P Gendut means gemuk. bile bagi name gemuk, takut nanti ade yang terasa. name Gendut agak comel. n xde lah terkurang ajau sangat kan. So, bile "mix" kan Bear + Gendut, akan jadi, = Bear Gendut :) i think
diz name is so cute :)) huhu. Time dulu2, Bear Gendut nie single. Macam saye jugak. hehe. Lame jugak Bear gendut nie single n mncari someone yang sudi jadi teman hidup dia. takde sorang pun yang sudi. nak buat
cmner. gemuk. takde rupe. sape nak. kan?? :)) Tapi, dalam beberapa waktu yang dah berlalu, dalam beberapa masa, Bear Gendut mimpi sepasang mata yang sangat cantik. tapi cuma mata saje. takde muka :( Tapi e2 bukan jadi pematah semangat Bear Gendut untuk cari sape pemilik sepasang mata yang Bear Gendut mimpi dalam beberapa masa tuh. lame Bear Gendut cari. xjumpe pun. Lepas beberapa waktu yang sudah,
Bear Gendut saje bukak Tagged sebab xbpe nak lame x bukak tagged. hehe. saje2 cri friend bru kat "meet me interest?" saje click 'yes' & 'no'. then, lepas bpe time tuh, bear Gendut bukak tagged lagi. tgok kat
notification ade orang klick 'yes'. so, tgok la sape. tgok2, sorang perempuan yg sgt comel. trsenyum sorang2. hahax. 'yes' kat dia balik. xlame tuh. dia add bear gendut. then, approve. sent message kat comel tuh n
say, hye, timekasih add.. :). then, dia reply. so, chat je dgn dia kt inbox. ade 1 day tuh, online kejap even ade keje pnting nak buat. bile tgok inbox, dia xreply. bear gendut macam x senang duduk dah. esok tgok lagi.
xreply jugak. hati dah gelisah. hari2 check inbox . tgok dia reply ke x msg bear gendut. sampai la hari sabtu. malam time tuh. kpale asek dok pikir dia je.mane dia pegi. dah xsudi ke nak bkwan. then, saje online
sebab nak hilangkan kusut kpale nie. nak bukak tagged pun dah mcm xsemangat dah. kuatkan la jugak bukak tagged sebab xtau nak tgok ape dah. tgok ade 11 new msg. so, bukak la tgok sape yg msg. mate asek nak
pejam je time tuh. ble tgok inbox, ade name dia. OMG!! dia reply msg aku ! yeaaah! ya allah..timekasih byk2. macam2 bear gendut ngomel time tuh sebab suke sgt2 dia reply msg bear gendut. dia ckp, sorry xsempat reply msg kamu. exam arituh  1week. bear ckp, mane awk pegi?? hari2 saye tggu awk reply msg saye. dia ckp, saye xde mase sgt la nak online. awk amek num fon saye lah. kte borak kt fon. bear ckp dlm aty," ya allah, sanggup dia bg num fon even xknl???" then bear amek num fon dia, trus misscll dia. then dia msg.  contact dgn dia berlarutan smpay 1 day tuh, dia ckp," ble nak declare??" time tuh pkul 5.3o am. mate pun tekebel-kebel. ble bca msg dia, trus buulat mate bear gendut ! waktu tuh, bear dah syg sgt dkt dia. mungkin sebab bear gendut dpt rase dia orang yang bear gendut cari dari dulu. bear gendut x down pun if dia ade bf skalipun. even bear xromantik, tpi sdaya upaya amek aty dia. walaupun adakalanya, bear ade brape kli wat dia terasa. then menangis. berlarutan sampay ke skrg nie.ade one time tuh, dia sent pic dia. bear tkejut tgok mate dia. same mcm yg bear gendut mimpi sepasang mate tuh. mmg same. bear sedih sebab bear gendut dah jumpe tuan punya spasang mate yang bear gendut slalu mimpi tuh. bear pggl dia snow white sebb dia suke sgt dgn snow white. dia nak bear gendut sebab comel sgt. and now, "bear gendut, snow white punya !" :) bear gendut dahjadi hak milik dia dah. xboleh bagi kat orang lain. no.no.no. hehe. sayang snow white :) ade 1 day tuh, chat dgn mber kat fb. dia tego lawa profile pic kau. (pic bear gendut menangis. hehe.) then, dia nak. bear saje gurau2 ckp, amik la. pastuh, btol nie?? kunk red apple marah.haha. then, xbley2! tuh dia punya lah. mber ckp, okay2. grau2 jelah. xamik pun. hehe....hbs cte.      then cte kat dia. bru ckp smpay amik la, dia trus merajuk. xlame tuh menangis. bear xbley tahan dgr dia menangis truk n xsanggup tgok dia menangis, bear pun menangis jugak even on call pun. rase besalah sangat ckp cmtuh kat dia. bile dah reda cket, trus terg kat dia wlaupun air mate nie kua lagi. and janji bear gendut dia punya sorang je :) xde orang lain bley amik bear gendut.

saye janji bear gendut kamu punya sorang je ! :)
jangan menangis ea...

jangan la menangis :'(

snow white..... jangan la nangis... saye tak bagi pun kat sape2 bear tuh. cume gurau je cakap amik la dengan member. pastuh tak bagi pun sebab bear tuh awak punya. saye janji saye tak bagi bear tuh kat sape2....
awak jangan la nangis. nanti saye nangis jugak :'( saye tak sanggup tengok awak menangis sorang sorang sebab ape yang saye buat kat awak.
jangan nangis ea. saye janji saye takkan bagi bear tuh kat sape2 pun. sebab bear tuh awak punya kan. nanti, saye jadikan bear yang saye lukis, jadi betul betul macam patung teddy bear. pastuh, saye bagi kat awak sorang je. takde untuk orang lain.
jangan la menangis... awak jangan risau. bear tuh awak punya sorang. awak sorang je dalam hati dia.
walau ape pun yang jadi, BEAR GENDUT tetap awak punya selamanya :)
saye janji !! :)) jangan menangis lagi taw !

hitam dan putih

dunno to say . juz create whatever ade dalam otax's nie. =P

wanna story cket. hehe
one day tuh, last week kalau tak silap ari rabu kot. time tuh kena keje pagi. nak bangun punyer ler malas. so heavy to open mate nie! ngantok sangat2. sebab last nite tidur pukul 2 kot. nak bangun malas, tapi still boleh message 'dia' hahaks. macam macam perangai ade lah. okay, after that layan punyer layan, tak sedar matahari dah muncul. tapi still let sun appeared. cakap dalam hati, "alah, awal lagi...". padahal tak tengok pun jam tuh dah pukul berapa. layan message sampai ler mak ketuk pintu bagai nak roboh.haha :)) then cakap, 'arip, bangun lah. dah pukul berapa nie. kau tak pegi keje ker?' then cakap balik, 'awal lagi lah.' mak cakap, ' apenye yang awal. dah pukul 8 nie tau tak. dah! bangun2!'. then abaikan je. wat dunno je. sampai ler mak ketuk pintu lagi macam nak pecah. terkejut dibuatnye. terus tengok jam. ouh my god! dah pukul 8.1o a.m. masuk keje pukul 8.3o a.m. menggelabah pegi mandi. siap2 nak pegi keje, mak bagi bekal sosej. haha. timekasih mak :) luv u ah!

then sampai tempat keje, punch card. they look me semacam jer. tau kenape diorng pandang semacam jer. coz saye sorang jer yang masuk keje lambat. tapi nak cover punyer pasal, wat dunno je. haha =P dah habis cover, jumpe plak satu port best punye. it's mean port untuk tidow. haha. coz supervisor keluar pegi mane tah. then tidow la kejap. tiba2 supervisa kejutkan suruh briefing. eh, supervisa?? Opss! supervisor. hehe. maap2. :) lepas briefing tuh, masing cari barang nak bawak pegi site. dengan mate terkebil-kebil nak pakai stokin. coz dari rumah pakai selipar je. kasut tinggal ofis. malas punyer pasal. tengah nak pakai stokin tuh, tetibe mate jadi bulat. OmG!! socks of color dah berubah! sebelah kaler hitam, then sebelah lagi kaler putih. aDoi. sebab kat rumah dah kalut sangat nak p keja. ape yang sempat, ambik je. takde belek2 pun. sengal :( pastuh, terus kena gelak dengan mereka mereka yang sengal. nak xnak pkai je. sampai site pun still kena gelak lagi. ish :( jage korang!

sekian, TQ =P

Bear Gendut Sedih....

macam macam tuhan duga dalam relationship aku dengan dia. takkkk habis habis bergaduh. semua punca dari aku. kenapa dengan aku nie? ape masalah aku nie?? aku rase aku nie patut kena penumbuk "tangan kecik" dia baru aku sedar kot. takkk sudah sudah buat dia merajuk, marah, terasa, tersentap, sedih, menangis. aku rasa macam aku nie  tak layak jer untuk dia. terrrrrrlampau lembut hati dia. macam, bile hati tuh kena cucuk dengan jarum, walaupun luka cucuk tu amat kecik, tapi, darah yang keluar lebih dari saiz hati tuh. ibaratkan macam tuh la. bile hati dia mula terasa @ tersentap, dia akan mula menjauhkan diri dengan bagi mesej, " sye nak g kwn ngn owg len ". omg! ayat tuh dah buat aku mula rase takut, dan risau. bile aku reply " jgn la " , dia cakap, " bye ". ya allah!! aku dah start sedih dengan ape yang dia cakap. rase dah tak tentu arah. last last buat itu tak kena, buat ini tak kena, duduk diam diam kat dalam bilik. sedih sorang sorang. last2 keluar air mate.(aku memang macam nie. kalau aku dah sayang dia tuh sangat2, aku akan menangis kalau dia nak tinggalkan aku..sebab kecik kecik dulu, aku suke menangis. mak aku nak pegi keje pun aku akan menangis nak ikut walaupun umur aku dah 5tahun time tuh.) okay, sambung balik. cuba pujuk pujuk pujuk dan pujuk, lastly okay balik.

dari mula mula sampai la nie, dok macam tuh ja. sampaikan burfday dia, aku still 'tersakitkan' hati dia dengan cakap, "kurang ajar" kat dia. time tuh dia cerita pasal patient kat wad. dia angkat patient yang berat badannya xtau la bpe, yg dia kecik je. bile angkt dari katil ke kerusi roda, disebabkan xkuat punyer pasal, masing2 terjatuh, pastuh dia dgn kawan dia gelak2. walaupun aku cakap kurang ajar sebb gelakkan uncle tuh, tpi aku anggap kate2 aku gurauan je. and  dia terus tersentap dengan kate kate aku. aku dah rosakkan mood hepy dia. aku rase bersalah sangat cakap dia macam tuh. terus aku sedih kenapa aku buat dia macam tuh. yang pasti, dia menangis kerana itu. dan aku cuba memujuk dia sampai dia okay.

untuk yang last,pada 20/6, bermula pagi yang baik. berbalas mesej sampai ke tengah hari. membawak ke pukul 2. dia call tapi aku mandi sebab nak siap siap nak pegi keje. aku dah habis mandi, tengok phone ade missed call dia. ingat nak call balik, dia call dulu. and dia cakap, "kenapa tak angkt call owg?" and menjawab,      "owg mandi lah. kan owg dah bagi mesej tadi." dia cakap, " mane ade kamu mesej ". jawab, " ade lah ". dan ayat "ade lah " dalam nada tinggi membuatkan dia tersentap dan dia fikir aku marah dia. takde langsung pun niat dalam hati aku nak marah dia. :(
tapi, nak buat macam mane, hati dah terluke, bukan cepat nak sembuh.
dia cakap, " tiap tiap minggu kamu buat saye menangis. dalam seminggu, 3 kali kamu buat saye menangis. saye xtau la nak cakap ape lg dah ". OMG!! 3 kali seminggu. trus meleleh air mate aku macam bear gendut kat bawah nie. :'( tak tau lah berape banyak salah aku pada dia. kalau lah aku boleh ubah diri aku macam yang dia harapkan pada seorang lelaki, aku takkan buat dia menangis macam nie. :'(

aku dah cuba sedaya upaya aku untuk ubah diri untuk jadi ape yang dia harapkan. walaupun nampak hasilnya, tapi tetap buat dia menangis jugak. kenape lah aku nie. tolonglah ya allah... aku tak nak hilang dia. aku tak nak sia2kan usaha aku cari mate yang selalu aku mimpikan dalam tidurku selame ini. dan aku dah jumpe mate itu. aku tak nak hilang orang yang memiliki mate itu. aku sayang sangat sangat dengan dia. jangan benarkan dia pergi dari aku. tolonglah bagi aku petunjuk...

Cinta Lelaki

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpun diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
.Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.




thanks to my lover :)
nur atikah ...


timekasyeh buat semua nie :)

kahwin

kahwin ? satu benda yang menarik. lagi lagi pada kebanyakan couple yang sedang hangat bercintun. (termasuk aku sekali. haha ).
memang seronok bila berangan angan nak kahwin. lagi lagi dapat kahwin dengan orang yang kita sayang.
rasa indah semuanya. dunia. dunia. time study pun pikir nak kahwin. alahai.. habiskan study tu dulu ye. baru kahwin.



bukan salah kahwin time study. tapi, boleh ker manage masa untuk class, assignment, project and yang utama sekali, pasangan. lagi satu, bila dah kahwin time study, mane datang duit nak tampung hidup kita and pasangan. harapkan elaun or ptptn, sampai bila kita nak bergantung pada sumber tu je. takkan nak harapkan parents lagi. kita dah ada tanggung jawab as suami or isteri. takkan nak minta duit kat mereka lagi. baik tak payah kahwin.

macam mak saye kate, " kau dah gatal nak kahwin kan, kahwin lah. kau kerja. cari duit sendiri. rasa rasa dah cukup, kau kahwin lah. jangan nak harapkan mak bapak sponsor kau kahwin. pakai duit kau sendiri. ".
kurang lebey macam tu lah mak saye cakap. tapi betul cakap mak saye tuh, takkan nak kahwin pun nak suruh mak bapak sponsor. naik lemak la macam tu. lagipun benda nie bagi pengajaran pada kita supaya belajar berdikari sebelum tempuhi alam perkahwinan. tak lah nak harapkan mak bapak bagi duit je kan. so, pikir lah baik baik. tapikalau rase budget dah cukup and dah ready, kahwin je. takyah tunggu tunggu. :))