Bear Gendut Sedih....

macam macam tuhan duga dalam relationship aku dengan dia. takkkk habis habis bergaduh. semua punca dari aku. kenapa dengan aku nie? ape masalah aku nie?? aku rase aku nie patut kena penumbuk "tangan kecik" dia baru aku sedar kot. takkk sudah sudah buat dia merajuk, marah, terasa, tersentap, sedih, menangis. aku rasa macam aku nie  tak layak jer untuk dia. terrrrrrlampau lembut hati dia. macam, bile hati tuh kena cucuk dengan jarum, walaupun luka cucuk tu amat kecik, tapi, darah yang keluar lebih dari saiz hati tuh. ibaratkan macam tuh la. bile hati dia mula terasa @ tersentap, dia akan mula menjauhkan diri dengan bagi mesej, " sye nak g kwn ngn owg len ". omg! ayat tuh dah buat aku mula rase takut, dan risau. bile aku reply " jgn la " , dia cakap, " bye ". ya allah!! aku dah start sedih dengan ape yang dia cakap. rase dah tak tentu arah. last last buat itu tak kena, buat ini tak kena, duduk diam diam kat dalam bilik. sedih sorang sorang. last2 keluar air mate.(aku memang macam nie. kalau aku dah sayang dia tuh sangat2, aku akan menangis kalau dia nak tinggalkan aku..sebab kecik kecik dulu, aku suke menangis. mak aku nak pegi keje pun aku akan menangis nak ikut walaupun umur aku dah 5tahun time tuh.) okay, sambung balik. cuba pujuk pujuk pujuk dan pujuk, lastly okay balik.

dari mula mula sampai la nie, dok macam tuh ja. sampaikan burfday dia, aku still 'tersakitkan' hati dia dengan cakap, "kurang ajar" kat dia. time tuh dia cerita pasal patient kat wad. dia angkat patient yang berat badannya xtau la bpe, yg dia kecik je. bile angkt dari katil ke kerusi roda, disebabkan xkuat punyer pasal, masing2 terjatuh, pastuh dia dgn kawan dia gelak2. walaupun aku cakap kurang ajar sebb gelakkan uncle tuh, tpi aku anggap kate2 aku gurauan je. and  dia terus tersentap dengan kate kate aku. aku dah rosakkan mood hepy dia. aku rase bersalah sangat cakap dia macam tuh. terus aku sedih kenapa aku buat dia macam tuh. yang pasti, dia menangis kerana itu. dan aku cuba memujuk dia sampai dia okay.

untuk yang last,pada 20/6, bermula pagi yang baik. berbalas mesej sampai ke tengah hari. membawak ke pukul 2. dia call tapi aku mandi sebab nak siap siap nak pegi keje. aku dah habis mandi, tengok phone ade missed call dia. ingat nak call balik, dia call dulu. and dia cakap, "kenapa tak angkt call owg?" and menjawab,      "owg mandi lah. kan owg dah bagi mesej tadi." dia cakap, " mane ade kamu mesej ". jawab, " ade lah ". dan ayat "ade lah " dalam nada tinggi membuatkan dia tersentap dan dia fikir aku marah dia. takde langsung pun niat dalam hati aku nak marah dia. :(
tapi, nak buat macam mane, hati dah terluke, bukan cepat nak sembuh.
dia cakap, " tiap tiap minggu kamu buat saye menangis. dalam seminggu, 3 kali kamu buat saye menangis. saye xtau la nak cakap ape lg dah ". OMG!! 3 kali seminggu. trus meleleh air mate aku macam bear gendut kat bawah nie. :'( tak tau lah berape banyak salah aku pada dia. kalau lah aku boleh ubah diri aku macam yang dia harapkan pada seorang lelaki, aku takkan buat dia menangis macam nie. :'(

aku dah cuba sedaya upaya aku untuk ubah diri untuk jadi ape yang dia harapkan. walaupun nampak hasilnya, tapi tetap buat dia menangis jugak. kenape lah aku nie. tolonglah ya allah... aku tak nak hilang dia. aku tak nak sia2kan usaha aku cari mate yang selalu aku mimpikan dalam tidurku selame ini. dan aku dah jumpe mate itu. aku tak nak hilang orang yang memiliki mate itu. aku sayang sangat sangat dengan dia. jangan benarkan dia pergi dari aku. tolonglah bagi aku petunjuk...

No comments: