just expression :)

Dia sering ingin memahami seseorang yang amat dia disayangi. Walaupun ada ketikanya dia asyik berbalah dan diminta untuk melepaskan orang yang dia sayangi, dia tetap pertahankan apa yang dia miliki dan apa yang telah tersemat dihatinya. Hatinya sentiasa terbayang wajah orang yang dia sayang. Ingin menepati janji yang telah dia katakan kepada orang yang dia sayangi walaupun kadang - kadang dia lupa janji dia. Walhal, baru semalam dia berjanji. Tetapi, hari ini dia lupa apa yang dia janjikan. Ya Allah... Walaupun lupa, dia tetap cuba untuk ingat apa yang dia janjikan. Cuma, dia perlu mengambil masa untuk mengingati. Pastinya, dia akan tunaikan janji - janji yang telah dia katakan kepada orang yang dia sayang. Insyaallah...  Dan ingin memohon perlu diberi masa untuk menunaikan janjinya jika diizinkan. Adakalanya janjinya itu sangat istimewa walaupun ada yang menganggap itu janji biasa. Tetapi bagi dia, ia sangat istimewa jika janji yang dia katakan kepada orang yang dia sayang itu, tertunai pada masa yang dia fikir dia sudah sedia menunaikan janji yang dikatakan dan sedia memikul apa yang perlu dan seterusnya didalam janjinya itu. Amin... Dia tidak sanggup melihat atau mendengar orang yang dia amat sayangi sedih atau menangis kerana dia juga pasti begitu. Sedih dan menangis, menyesali kesalahan yang dia lakukan pada orang yang dia sangat sayangi. Dia tidak pandai memujuk. tetapi, dia cuba sedaya upaya meluahkan keikhlasan hatinya untuk memujuk apabila orang yang dia sayang merajuk atas kesalahan yang dia lakukan. Dia tidak fikir dia menangis. Tapi, dia sering mengeluarkan air mata disaat dia bersendirian membaiki kesalahannya hingga membuat orang yang disayang menangis. Juga terbayangkan tingginya kesabaran orang yang dia amat sayangi dalam menerima kata - kata yang membuatkan hati orang yang dia sayang itu terguris, tersentap, terasa, sakit hati dan marah. Hanya dengan menangis yang dapat melepaskan segala kesakitan yang ada dalam hati itu. Perkara yang dia harapkan sangat hanya terjadi sekali sahaja, telah berulang untuk beberapa kalinya. Hinggakan di suatu saat, orang yang dia sangat sayangi meminta dirinya dilepaskan kerana tidak sanggup lagi untuk menangis kerana kata - kata yang  membuatkan dirinya terasa. Tetapi, perasaan sayang dia pada orang yang dia sayang yang amat mendalam dan rasa cinta yang melalui saat untuk mekar, dia tidak sanggup untuk melepaskan orang yang dia sayang kerana apa yang ada didalam hati dia hanyalah orang yang dia amat sayangi yang telah memenuhi ruang hati dia selama mula bermesra hingga bersama. Dia tidak sanggup kehilangan orang yang dia sayang yang telah mengajar dia untuk menghargai seseorang yang sangat istimewa dihati dia. bukan kerana kelakuannya, tetapi kerana keikhlasan hati seseorang itu untuk bersama dengan hati dia. "Ya Allah, kuatkan semangat diri dan hati dia untuk mempertahankan segala tentang orang yang dia sayang yang telah memenuhi ruang hati dia... Agak susah bagi dia untuk mengenali orang yang dia sayang pada mulanya. Setelah beberapa ketika mengenali dan seterusnya menjalinkan hubungan, sifat terlalu sensitive dan sangat manja menjadi permulaan bagi dia untuk mengenali lebih dalam diri orang yang dia sangat sayangi. Sifat terlalu sensitive dan sangat manja bukanlah cabaran sebenarnya bagi dia. Pada dia, sifat itu yang telah membuatkan diri dia lebih menghargai  diri orang yang dia sayangi didalam hati dia. Tidak pernah pun didalam hati dia untuk mengatakan dia tidak cemburu. Pada satu ketika, apabila orang yang dia sangat sayangi bercerita mengenai ada orang lain ingin berkenalan dengannya di social network. Pada saat itu, dia sudah mula cemburu tetapi dia menahan rasa cemburu itu didalam hati kerana dia tidak mahu melukakan hati orang yang dia sayang kerana takut tersalah kata bila berbicara dan ingin menjaga hatinya. Walaupun pada selepas itu orang yang dia sayang ada lagi bercerita mengenai orang lain, dia tetap bersabar untuk tidak meluahkan rasa cemburu walaupun dia dikatakan tiada perasaan cemburu. Hanya senyuman mampu diberi. Dia tidak kisah walau dikata begitu. Bagi dia, apa pun orang yang dia sayang berkata  tentang orang lain yang akan membuatkan dia cemburu, dia sedia mendengar. Walaupun rasa cemburu itu ada, tapi rasa sayang padanya tidak pernah kurang walau sedikit pun. Makin melebihi ruang yang ada didalam hati dia. Mungkin dirinya bercerita atas sebab ingin mengadu. Dia tidak pernah sangsi akan kesetiaan orang yang dia sayang tunjukkan. Pada suatu masa, dia yang berniat mahu meminta pandangan daripada orang yang dia sayang dengan menanyakan soalan, tetapi ayat yang diberi oleh dirinya melalui message agak berlainan dari apa yang dia jangkakan. Mungkin kata - kata soalan yang dia tanya tidak cukup lengkap untuk meminta pandangan melalui pertanyaan. Mungkin sebab terlalu mudah untuk dijawab dan berkata, dia pun boleh fikir. Dirinya terlalu sakit hati dan membuatkannya marah, sakit hati dan merajuk. Hanya menginginkan pandangan yang baik. Dia beritahu hal sebenar kepada orang yang dia sayang tentang seorang kawan perempuan mengajak dia keluar untuk beli barang. Dia tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Tahu batas komunikasi. Tapi dia tak sanggup pun dia terima pelawaan kawannya. Tak sanggup nak lukakan hati orang yang dia sayang. Tak sanggup membuat dirinya menangis." Ya Tuhan, jauhkanlah perkara yang boleh membuat kami berbalah dan jauhkanlah diriku dari perkara yang boleh pengaruhi aku untuk melukakan hati dia lagi..." sayang sangat sangat pada dirinya :)

Dia |> Bear Gendut
orang yang dia sayang / orang yang sangat dia sayangi / orang yang dia amat sayangi / dirinya |> Snow White

|> minta maaf. ayat kelam kabut. saje buat macam tuh. :)

No comments: